Buatlah Minuman Yang Sedap Dari Limau Nipis Yang Masam

Orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertompok dan berganda.

Ketika Baginda Rasulullah s.a.w. dihalau dari Mekah, baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membinanya menjadi satu negara yang sangat popular di telinga dan mata sejarah.

Ahmad bin Hambal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi sebab itu pula dia menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara, tetapi di penjara itulah dia banyak menghasilkan karya yang bermutu. As-Sarkhasi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah dia berjaya mengarang buku sebanyak 20 jilid.

Apabila Ibnul Athir dipecat daripada jawatannya, dia berjaya menyelesaikan karya besarnya yang bertajuk Jami’ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam bidang hadis. Begitulah juga halnya dengan Ibnu Al-Jawzi, beliau pernah diasingkan dari Baghdad dan kerana itu beliau berjaya menguasai qiraah sab’ah (tujuh cara membaca Al-Quran).

Malik bin Ar-Raib mengalami sejenis penyakit yang boleh membunuh, namun dia mampu mengubah puisi-puisi yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para pujangga besar lainnya pada masa Abbasiyah. Lalu ketika semua anak Abi Zuaib Al-Huzali mati meninggalkannya seorang diri, sebaliknya dia mampu menghasilkan nyanyian-nyanyian puitis yang mampu menutup mulut zaman, membuat setiap pendengarnya terpaku, memaksa sejarah untuk tetap bertepuk tangan ketika ia diperdengarkan semula.
Begitulah hendaknya ketika anda ditimpa musibah, anda perlu melihat aspek yang paling terang dan sudut positifnya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular, ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

“ Orang yang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang yang bodoh akan membuat satu kerugian menjadi kemuflisan.”

Kawallah diri anda tidak kira apa juga bentuk dan jenis kesusahan yang anda hadapi. Dengan begitu, anda akan dapat menghadiahkan bungan mawar dan melati yang harum kepada dunia.

“ Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu.” (2:216)

Sebelum tercetus revolusi besar di Perancis, konon negara itu pernah memenjarakan dua sasterawan terkenal. Seorang daripadanya bersikap sangat optimis dan yang seorang lagi bersikap sangat pesimis tentang kemungkinan tercetusnya revolusi dan perubahan akan segera berlaku.
Setiap hari kedua-duanya sama-sama melangukkan kepala melalui celah-celah jerjak penjara. Cuma sang sasterawan yang optimis sentiasa memandang ke atas dan melihat bintang-bintang yang gemerlapan di langit. Dan kerana itu dia selalu nampak tersenyum riang. Manakala sasterawan yang pesimis, dia selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara dan menangis kerana sedih.

Begitulah sepatutnya sikap kita, iaitu selalu melihat sudut lain dari kesedihan itu, kerana belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, sepercik harapan, jalan keluar serta pahala.

About ubaizubair

‘ aKu mEnyinTaI MU KeRanA AgaMa yAng aDa pAda MU, JikA KaU hiLanGkan agAmA pAda DiRi MU, HilAngLah CinTa KU PaDa MU…’ View all posts by ubaizubair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: